Featured Posts
Tuesday, March 10, 2015
Wednesday, December 24, 2014
Sidang DUN : Khidmat EIO dan TSO Tetap Diteruskan
![]() |
Sumber: http://teganukita.my/sidang-dun-khidmat-eio-dan-tso-tetap-diteruskan/ |
Syukur.
Semoga berkekalan sampai ke akhirnya.
Saturday, December 13, 2014
Apakah bakal nasib penggunaan E-Book, dan jawatan kami sebagai pegawai TSO dan EIO untuk tahun 2015 ini?
Ini berita penting dan tergempar untuk semua EIO dan TSO!
Apakah bakal nasib penggunaan E-Book, dan jawatan kami sebagai pegawai TSO dan EIO untuk tahun 2015?
Your career is on the line!
Apakah bakal nasib penggunaan E-Book, dan jawatan kami sebagai pegawai TSO dan EIO untuk tahun 2015?
Your career is on the line!
![]() |
Sumber: http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1092715&cat=tm |
![]() |
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/masa-depan-e-book-diketahui-januari-1.35311 |
![]() |
Sumber: http://terengganutimes.com/sidang-dun-penangguhan-ebook-bergantung-kepada-hasil-kajian |
Wednesday, July 23, 2014
Salam Aidilfitri 2014
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pengunjung laman web ini, ikhlas dari kami warga SK Felda Jerangau Barat.
Mudah-mudahan Hari Raya tahun ini dapat disambut dengan lebih bermakna dan penuh dengan keinsafan.
Amin.
Amin.
Tuesday, July 8, 2014
Murid Baru Darjah 6 Berpindah Dari Sarawak Terima E-Book Baru
Pada 8 Julai 2014, Muhammad Nur Farhan bin Mohd. Yusoff dari darjah 6 Bestari SK Felda Jerangau Barat, sangat gembira kerana telah menerima sebuah E-Book dari kilang pembekal. Terdapat sedikit masalah yang berlaku sepanjang proses penerimaan ini (tarikh penerimaan E-Book adalah terlalu lewat), namun dia tetap berasa berpuas hati. Dia baru sahaja berpindah dari SK Sampadi, Lundu, Sarawak, mengikuti keluarganya yang bekerja di Terengganu.
Semoga adik Farhan mendapat manfaat yang berguna ketika menggunakan kemudahan E-Book ini dengan rasa selesa.
Semoga adik Farhan mendapat manfaat yang berguna ketika menggunakan kemudahan E-Book ini dengan rasa selesa.
Tuesday, July 1, 2014
Inovasi SK Felda Jerangau Barat Untuk E-Book
Berikut adalah antara Inovasi SK Felda Jerangau Barat yang diguna-pakai oleh murid-murid melalui E-Book.
1) CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Hulu "BAHULU"
2) CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Hulu "BAHULU" Siri 2
3) CD Eduweb TV Offline
4) CD Buku Cerita Digital "Flipbook" Tahap 1 dan Tahap 2
1) CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Hulu "BAHULU"
- Dihasilkan pada tahun 2013.
- Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
- Objektif: Memperdengarkan bacaan PERKATAAN dalam bahasa hulu Terengganu, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Sebanyak LIMA halaman disediakan, dan perkataan tersebut boleh didengari dengan meng'klik' perkataan tersebut.
- Saiz fail: +-36 MB
2) CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Hulu "BAHULU" Siri 2
- Dihasilkan pada tahun Mei 2014.
- Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
- Merupakan penambahbaikan daripada siri BaHulu yang pertama pada tahun yang lepas.
- Masih mengekalkan objektif yang sama seperti siri BaHulu yang pertama.
- BaHulu Siri 2 memfokuskan kepada memperdengarkan bacaan AYAT dalam bahasa hulu Terengganu, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Sebanyak 12 halaman disediakan, dan ayat tersebut boleh didengari dengan meng'klik' menu yang disediakan.
- Saiz fail: +-7 MB
3) CD Eduweb TV Offline
- Idea dicetuskan pada tahun 2013.
- Merupakan sebuah koleksi video daripada laman sesawang Eduweb TV (http://www.eduwebtv.com) yang banyak berkait dengan pembelajaran dan pengajaran.
- Objektif: Bertujuan untuk membantu murid-murid melayari Eduweb TV secara off-line sekiranya tiada talian Internet.
- Format video: .wmv
- Saiz fail (jumlah keseluruhan): 2.22 GB
![]() |
Antara video off-line |
4) CD Buku Cerita Digital "Flipbook" Tahap 1 dan Tahap 2
- Dicetuskan pada tahun 2013.
- Merupakan sebuah koleksi buku cerita yang dipamerkan secara digital.
- Objektif: Membantu meringankan murid membaca bahan bacaan tersebut melalui E-Book berbanding membacanya melalui buku yang betul.
- Cara bacaannya adalah dalam bentuk Flipbook.
- Sebanyak 50 set koleksi buku cerita disediakan.
- Format fail: Flash secara Flipbook.
- Saiz fail (jumlah keseluruhan): +-630 MB
Monday, June 30, 2014
Foto Penggunaan E-Book SK Felda Jerangau Barat
Penggunaan di dalam Kelas
Penggunaan Di Perpustakaan Pusat Sumber Al-Ghazali
Penggunaan Di Bilik Tayangan/Media
Penggunaan Di Makmal ICT
Subscribe to:
Posts (Atom)