Ads 468x60px

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 23, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pengunjung laman web ini, ikhlas dari kami warga SK Felda Jerangau Barat.
Mudah-mudahan Hari Raya tahun ini dapat disambut dengan lebih bermakna dan penuh dengan keinsafan.
Amin. 
 

Tuesday, July 8, 2014

Murid Baru Darjah 6 Berpindah Dari Sarawak Terima E-Book Baru

Pada 8 Julai 2014, Muhammad Nur Farhan bin Mohd. Yusoff dari darjah 6 Bestari SK Felda Jerangau Barat, sangat gembira kerana telah menerima sebuah E-Book dari kilang pembekal. Terdapat sedikit masalah yang berlaku sepanjang proses penerimaan ini (tarikh penerimaan E-Book adalah terlalu lewat), namun dia tetap berasa berpuas hati. Dia baru sahaja berpindah dari SK Sampadi, Lundu, Sarawak, mengikuti keluarganya yang bekerja di Terengganu.

Semoga adik Farhan mendapat manfaat yang berguna ketika menggunakan kemudahan E-Book ini dengan rasa selesa.


Tuesday, July 1, 2014

Inovasi SK Felda Jerangau Barat Untuk E-Book

Berikut adalah antara Inovasi SK Felda Jerangau Barat yang diguna-pakai oleh murid-murid melalui E-Book.

1) CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Hulu "BAHULU"
  • Dihasilkan pada tahun 2013.
  • Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
  • Objektif: Memperdengarkan bacaan PERKATAAN dalam bahasa hulu Terengganu, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Sebanyak LIMA halaman disediakan, dan perkataan tersebut boleh didengari dengan meng'klik' perkataan tersebut.
  • Saiz fail: +-36 MB


2) CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Hulu "BAHULU" Siri 2
  • Dihasilkan pada tahun Mei 2014.
  • Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
  • Merupakan penambahbaikan daripada siri BaHulu yang pertama pada tahun yang lepas.
  • Masih mengekalkan objektif yang sama seperti siri BaHulu yang pertama.
  • BaHulu Siri 2 memfokuskan kepada memperdengarkan bacaan AYAT dalam bahasa hulu Terengganu, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Sebanyak 12 halaman disediakan, dan ayat tersebut boleh didengari dengan meng'klik' menu yang disediakan.
  • Saiz fail: +-7 MB


3) CD Eduweb TV Offline
  • Idea dicetuskan pada tahun 2013.
  • Merupakan sebuah koleksi video daripada laman sesawang Eduweb TV (http://www.eduwebtv.com) yang banyak berkait dengan pembelajaran dan pengajaran.
  • Objektif: Bertujuan untuk membantu murid-murid melayari Eduweb TV secara off-line sekiranya tiada talian Internet.
  • Format video: .wmv
  • Saiz fail (jumlah keseluruhan): 2.22 GB
Antara video off-line


4) CD Buku Cerita Digital "Flipbook" Tahap 1 dan Tahap 2
  • Dicetuskan pada tahun 2013.
  • Merupakan sebuah koleksi buku cerita yang dipamerkan secara digital.
  • Objektif: Membantu meringankan murid membaca bahan bacaan tersebut melalui E-Book berbanding membacanya melalui buku yang betul.
  • Cara bacaannya adalah dalam bentuk Flipbook.
  • Sebanyak 50 set koleksi buku cerita disediakan.
  • Format fail: Flash secara Flipbook.
  • Saiz fail (jumlah keseluruhan): +-630 MB

Monday, June 30, 2014

Foto Penggunaan E-Book SK Felda Jerangau Barat

Penggunaan di dalam Kelas

Penggunaan Di Perpustakaan Pusat Sumber Al-Ghazali

Penggunaan Di Bilik Tayangan/Media

Penggunaan Di Makmal ICT


Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadan 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada pengunjung laman web ini ikhlas dari kami warga SK Felda Jerangau Barat.


Wednesday, June 25, 2014

Bengkel Pengurusan E-Book Dan Kelas Maya (25 Jun 2014)

Pada 25 Jun 2014, semua pegawai EIO dijemput untuk menghadiri 'Bengkel Pengurusan E-Book dan Kelas Maya Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014', yang diadakan di Dewan SMK Kompleks Seberang Takir, bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Surat Rasmi

Tentatif Program

Antara Agenda-Agenda Lain
Mesyuarat Agung Tahunan EIO dan TSO Negeri Terengganu Kali-3 (2014)
- Perlantikan jawatankuasa baru untuk sesi Jun 2014 -

Galeri Foto

Sunday, April 20, 2014

Pertukaran Pegawai EIO

Bermula pada 1 April 2014, Pn. Azlina Zalina (EIO) telah bertukar dari SK Felda Jerangau Barat ke SK Padang Pulut di daerah Dungun. Seluruh warga sekolah SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Semoga lebih berjaya menyambung karier di tempat sana. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali daripada pihak pengurusan kerana telah memberi perkhidmatan yang amat cemerlang di SK Felda Jerangau Barat sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Beliau mudah untuk memberi sebarang bantuan apa sahaja jika diperlukan. Kami di sini memang terasa amat kehilangan seseorang yang banyak membantu pihak sekolah terutama sekali di dalam bidang ICT serta memberikan status makmal ICT cemerlang selama ini.

Walaubagaimanapun, kehilangan beliau kini telah pun diisi oleh pegawai EIO yang baru iaitu En. Muhamad Afiq Aizat b. Mohd. Razapi yang merupakan buat kali pertama memegang jawatan ini, berkuatkuasa pada 16 April 2014. Semoga beliau dapat menyambung perkhimatan EIO yang lepas. Beliau kelihatan sungguh teruja dengan jawatan ini, dan mudah memberikan bantuan kepada pihak sekolah bukan sahaja perkara yang berkaitan E-Book. Selamat datang kami ucapkan dan mudah-mudahan serta berharap agar beliau dapat terus menaburkan bakti di sini demi meneruskan kecemerlangan yang pernah kita kecapi. InsyaAllah.
 

Blog Rasmi SK Felda Jerangau Barat

Makmal ICT SK Felda Jerangau Barat

Pusat Sumber Digital Sekolah