Ads 468x60px

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 8, 2013

Jom Kenali e-Book


eBook

Penggunaan eBook di kalangan pelajar menyenangkan ibu bapa dengan kemudahan memantau aktiviti pelajar. Ibu bapa dapat mengehad tempoh penggunaan eBook dengan perisian khas ’Parental Control’ yang disediakan.

eBook juga dilengkapi peranti khas yang bertindak menapis dan menyekat kandungan internet yang tidak sesuai untuk pelajar.

Selain e-Kamus, eBook juga dilengkapi pakej Edu-Islam yang mengandungi al-Quran, Pendidikan Jawi, dan Fardhu Ain. Pelajar beragama Islam dapat memanfaatkan eBook untuk aktiviti pengukuhan agama. Ebook juga amat sesuai digunakan untuk mengaji al-Quran beramai-ramai. Tanpa membawa buku teks yang berat, pelajar boleh mengulangkaji di mana sahaja dengan adanya perisian buku teks.

eBook menggunakan teknologi yang sesuai untuk penggunaan pelajar selain rekaannya yang tahan lasak. eBook dengan teknologi Intel® Atom N455, berkelajuan 1.66GHz (512KB L2 Cache), 1GB DDR3, mempunyai paparan 10.1 inci dengan resolusi 1024x600, Windows 7 dan Wifi juga amat sesuai untuk kegunaan umum sebuah komputer riba.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Rasmi SK Felda Jerangau Barat

Makmal ICT SK Felda Jerangau Barat

Pusat Sumber Digital Sekolah